Salah Faham Tentang Multi Level Marketing (MLM)

Hee..topik bahaya yg Dja tulis ni sbb Dja tau ramai org di luar sana yg memang alergik bila dgr psl Multi Level Marketing (MLM) ni. Ada yg kata MLM ni menipu, scam, mengarut, menguntungkan orang atas shj dan sebagainya. Tapi Dja nak sharing apa yang Dja dah belajar selama bersama Awesomazing Team dan Hai-O Marketing. Apa yg Dja cuba nak sampaikan adalah pandangan Dja shj, jadi Dja harap tiada yg rasa offended bila baca apa yg Dja tulis ni k.


.....Apa itu MLM?.....

Dari Wikipedia, MLM adalah strategi pemasaran dimana keuntungan jualan tidak hanya didapati dari hasil jualan individu tetapi dari hasil jualan orang bawahan (downline) yg direkrut oleh individu itu juga. MLM juga dikenali dengan Skim Piramid, network marketing dan referral marketing.

Di Malaysia memang banyak syarikat yg membuat MLM sbg strategi pemasaran dan ianya shariah compliance. Tapi sama ada sedar atau tak, hampir semua perniagaan pun menggunakan konsep ni sbb apa-apa jualan pn, orang tengah akan dapat untung tak kisahla jual produk kecantikan, sabun, tudung, baju, jubah, buku, hatta jual keropok lekor pun.

.....MULA-MULA JOIN HAI-O MARKETING.....

Masa mula-mula Dja berbisnes dengan Hai-O Marketing ni, rasa risau juga, rasa cam terjebak pun ada especially bila baca banyak cerita pasal MLM ni di internet. Tapi, walaupun macam tu, Dja teruskan juga pergi ke kelas yg leader CDM Adibah Karimah buat. Masa tu Dja hanya kenal bisnes partner Fatimah Mansor (Tym) shj, tak berapa kenal CDM Adibah Karimah. Of course bila bersama dgn org yg kita tak berapa kenal, rasa ragu-ragu dan tak percaya tu mesti ada.

.....PENYALAHGUNAAN MLM.....

Lama kelamaan, semakin banyak yg Dja belajar, semakin Dja faham, semakin rasa prejudis tu berkurangan. Apa yg Dja dapat simpulkan

"TAK ADA APA YG SALAH DGN MLM, tapi konsep MLM ni boleh DISALAHGUNAKAN"

Kenapa Dja cakap macam tu? mudah sahaja, Dja bagi contoh.

Contoh pertama:
A telah mengajak B menyertai MLM. Setiap hari A akan call B untuk menyakinkan B mengeluarkan modal sebanyak RM10 ribu untuk menyertai kumpulan MLM nya GROUP BT. A juga berjanji akan membantu B mendapatkan downline, selain memberi tunjuk ajar supaya B berjaya. Akhirnya B pun bersetuju utk mengeluarkan RM10 ribu sebagai modal pelaburan dan menyertai kumpulan A. Maka, A mendapat pulangan sebyk RM 2 ribu kerana berjaya membawa masuk B. NAMUN, setelah B membuat pelaburan, A tidak lagi menghubungi B utk mengambil tahu perkembangan perniagaan B. B telah ditinggalkan terkontang-kanting dgn hutang pelaburannya~~

Contoh kedua:
C telah mengajak D menyertai MLM, C cuba menyakinkan D untuk mengeluarkan modal sebanyak RM10 ribu untuk menyertai kumpulan MLM nya GROUP AT. C berjanji akan memberi tunjuk ajar tentang marketing, ilmu produk, blogging, penggunaan media sosial dan sebagainya supaya D berjaya. Akhirnya D pun bersetuju utk mengeluarkan RM10 ribu sebagai modal pelaburan dan menyertai kumpulan C. Maka, C mendapat pulangan sebyk RM 2 ribu kerana berjaya membawa masuk D. C sgt gembira dan seperti yg dijanjikan, C sentiasa memberi tunjuk ajar kpd D. Dgn menggunakan ilmu yg diajar, D akhirnya menjadi salah seorang bisnesman yg berjaya.

Jadi, dapat tak apa yg Dja cuba sampaikan dlm dua contoh kt atas ni? B dan D dua-dua diajak untuk menyertai MLM. Tapi nasib kedua-dua nya sgt berlainan. Yang memainkan peranan penting dalam kes ni adalah kumpulan MLM yg disertai, dalam kes ni GROUP BT atau AT. Apa pegangan ahli kumpulan tu? adakah diorang BERTANGGUNGJAWAB terhadap bisnes partner? atau masing-masing cuma nak dapat UNTUNG DIRI SENDIRI shj?

.....TEAMWORK.....

Mungkin ada yg kata, "sembang je tu, tak ada nya nk bertanggungjawab..", jawapan Dja, terpulang pada anda untuk percaya atau tak. Selama Dja dgn Awesomazing Team, banyak yg Dja da belajar dan tak mungkin Dja boleh bertahan sampai sekarang kalau bukan sebab leader CDM Adibah Karimah, business partner Tim dan Yana, dan group Awesomazing Team yg sentiasa sharing ilmu, testimoni dan marketing strategi.

Sebelum ni pun Dja pernah tulis post tentang "Responsibility to Business Partners", boleh baca di sini.

.....SEDIKIT TIPS.....

Jadi Dja harap sedikit sebanyak Dja dapat beri pencerahan kpd yg ingin tahu. Konsep MLM tu tak salah, tapi disebabkan segelintir manusia yg mengambil kesempatan terhadap kenaifan orang lain, tu yg menyebabkan nama MLM tu buruk. Bak kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Nasihat Dja kpd mereka yg berminat utk memulakan offline/ online business :
1) Pastikan syarikat MLM tersebut kukuh, stabil, terjamin dan bebas hutang.
2) Sebaik-baik nya carila mentor/leader yg boleh membimbing anda.
3) Carila group/kumpulan yg bersemangat, supportive dan ambil berat sesama bisnes partner.

Alhamdulillah, Dja yakin Dja di dalam syarikat dan group yg betul iaitu Awesomazing Team di bawah bimbingan CDM Adibah Karimah.

Kalau anda berminat lebih lanjut, kita boleh jumpa untuk business sharing, boleh call/msj/whatsapp

Dja 019-6642311

Mari buka minda anda untuk kehidupan yg lbh baik di masa hadapan, insyaAllah..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.