Aspartame Dalam Mineral Coffee Bahaya?
Assalamualaikum..
Sebagai pengguna yang prihatin, mungkin ada yang ragu2 tentang kandungan aspartame dalam mineral coffee. Ini kerana kalau anda google perkataan "Aspartame", post pertama akan menyatakan tentang bahaya Aspartame terhadap kesihatan termasuk mengatakan bahawa ia punca kanser.
TETAPI, adakah ianya benar?
Ramai sedia maklum bahawa internet adalah sumber maklumat yang berguna, tetapi, kadang kala tak semua sumber adalah sahih dan ada juga website yang dibuat memberi maklumat dengan tujuan menjatuhkan sesuatu produk atau sebaliknya.
Oleh itu adalah penting untuk memeriksa sumber maklumat tersebut
Dalam hal samaada aspartame selamat atau tidak, saya merujuk website WebMD yang diselia oleh golongan doktor profesional dan diiktiraf dalam dunia perubatan. Anda boleh memeriksa latar belakang dan awards yang diperoleh WebMD di sini.
Ada satu post tentang aspartame dalam website tersebut yang bertajuk "Artificial Sweetener Aspartame Deemed Safe".
Dalam post tersebut telah dinyatakan:
1. Dalam jumlah yang dibenarkan oleh Jabatan Kesihatan pada masa ini, Aspartame adalah selamat digunakan dalam produk makanan dan minuman.
2. Hasil penyelidikan membuktikan bahawa tiada bukti aspartame menyebabkan kerosakan gen dan menyebabkan kanser.
3. Hasil penyelidikan juga membuktikan bahawa tiada bukti aspartame menyebabkan kerosakan otak, sistem saraf atau memberi kesan kepada sifat dan mental pada kanak2 atau orang dewasa.
4. Kandungan asas aspartame iaitu phenylalanine, methanol dan aspartic acid juga wujud dalam sesetengah makanan secara semulajadi.
5. Aspartame tiada kesan bahaya kepada pertumbuhan bayi dalam kandungan.
6. Hanya pesakit phenylketonuria (PKU) tidak digalakkan menggunakan aspartame kerana badan tidak mampu mencernakannya.
7. Semua produk mengandungi aspartame perlu dilabel. (seperti yang dilihat pada kotak mineral coffee).
KESIMPULANNYA:-
Aspartame adalah pengganti gula yang selamat. Dari penyelidikan intensif tiada bukti mengaitkan aspartame dengan apa2 masalah kesihatan.
Sumber:
http://www.webmd.com/food-recipes/20131211/aspartame-sweetener-deemed-safe
http://www.webmd.com/diet/the-truth-about-seven-common-food-additives?page=2
http://www.cancer.org/cancer/cancercauses/othercarcinogens/athome/aspartame
Diharap pengguna Mineral Coffee @ Min Kaffe berpuas hati dengan penerangan tentang Aspartame dalam post ni. Tetapi jika ada sebarang pertanyaan atau hendak dapatkan produk dalam website ni boleh hubungi Dja
0196642311
Terima kasih kerana membaca.
/bye
Leave a Comment