Khairun Nuha Puteriku

Salam and hi to all readers..

Untuk post kali ni Dja cuma nak share pengalaman melahirkan anak kedua yang bernama Khairun Nuha binti Mohd Fahmi. Baby Nuha dah masuk 9 bulan pun sebenarnya.. 😂 alhamdulillah sihat dan happy je budaknya.

First photo after delivery, Nuha, Mama dan Papa....masa ni abang Haqq kena tggl kat Tanjung Malim ngn Opah.. :P
Ceritanya masa minggu2 terakhir mengandung tu Dja duduk kat Tanjung Malim sebab suami kerja kat Kulai, Johor. Asalnya buat check up di KPJ Shah Alam. Tapi lepas pertimbangkan kos bersalin, kitorang tukar ke Hospital Salam Shah Alam. 

Kos bersalin di Hospital area Shah Alam pada bulan Februari 2016 (Sebagai rujukan sahaja)

HARI BERSALIN

Pagi 16 March 2016, lepas bersiap bersiap2 nak pergi check up kat Salam, Dja pergi dapur nak sarapan, minum dulu mineral coffee. Pastu mak tanya, "Rasa camne hari ni?" Dja pun jawab, "Ntah..cam bese je..tak rasa apa pun". :P Tak sangka pun nak bersalin hari tu sebabnya masa mengandungkan Abdul Haqq dulu 2,3 hari sebelum bersalin Dja dah tak boleh tidur malam. Kejap2 terbangun sebab contraction.

Tapi dengan Khairun Nuha ni, Dja tidur malam elok je. Nyenyak gitu :D

Jadinya sampai hospital dalam pukul 10pagi, masa jumpa doktor tu, dia kata dah engage. Doktor tanya "nak cek jalan ke? Kalau cek jalan mungkin menyebabkan contraction". Bincang dengan suami, kitorang setuju untuk cek jalan. Rupa2nya jalan dah buka 3cm. Tapi sebab tiada contraction kitorang keluar dulu. Siap teman suami hantar barang kerja dia. Dalam pukul5 tu baru urusan kerja selesai. Sepanjang masa dalam kereta tu dah terasa contraction makin kerap, tapi boleh tahan sakit lagi.

======= SEMPAT MAKAN SEDAP SEBELUM BERSALIN =======

Masa berhenti untuk makan tu Dja dah berpeluh2 tahan sakit, tapi sempat lagi makan nasi sepinggan. /wahaha 

Lepas makan kitorang patah balik ke Salam, masa tu pukul6 kot, lepas daftar je terus nurse bawa masuk bilik labour cek CTG, husband tak boleh masuk. Tunggu kat luar. Handphone pula dalam beg tak boleh capai sebab wayar dah kat perut. Nervous jangan cakaplah. 

Lepas cek CTG, nurse call doktor, dia bincang2 dengan doktor. Tiba2 nurse datang cakap "kita dah bincang dengan doktor tentang bacaan CTG, doktor kata nak pecahkan ketuban sebab bacaan tak berapa cantik. Saya dah inform husband untuk daftar wad. Puan masuk bilik dulu nanti lepas solat maghrib masuk semula." Dja cam terkejutlah sebab nurse tak ada cakap apa2 sebelum tu, Dja tak bincang dengan husband lagi, tak telefon mak lagi, tiba2 kata nak pecahkan ketuban. 

Tak lama pastu, Dja keluar bilik labour, baru jumpa husband kat wad. Husband pun terkejut doktor nak pecahkan ketuban. Risau juga. Lagipun masa bersalinkan Haqq, air ketuban pecah sendiri masa kat labour room. 

======= RISAU DOC NAK PECAHKAN KETUBAN =======

Bincang2 dengan husband, kitorang setuju je untuk pecahkan ketuban, fikir doktor tu lebih tahu. Jadi lepas maghrib masuk semula labour room, husband ada sekali. Nurse pecahkan ketuban, mungkin dalam pukul9 malam. 

Lepas pecahkan ketuban, contraction makin kerap dan kuat. Sakitnya Tuhan sahaja yang tahu. Walaupun dah suntik ubat tahan sakit dan sedut gas pun, sakitnya camtulah. 

Mula2 jalan macam lambat buka, kitorang dah risau sebab lepas pecah ketuban masih dalam 5cm. Tapi bila contraction makin kuat, jalan buka cepat sampai 10 cm. Doktor pun suruh teran.

Banyak kali juga teran, Dja dah mula penat, sedut gas jangan cakaplah, rasa dah high pun adoo.. tapi akhirnya teran kuat2 barulah baby keluar pada pukul10.07 malam. 

Lega sangat2..dengar baby nangis dan tengok dia depan mata, hilang sakit dan penat Dja.
Nurse pun bagi baby kat suami untuk azan dan iqamatkan. 

Nurse bersihkan Dja sebelum dibawa masuk ke wad. Doktor kata dia tak jahit sebab luka sikit je. Baby pun tak besar sangat, 2.7kg je. Jadi bermalamlah kitorang satu malam di Salam. Suami tidur kat hotel sebab tak muat katil (katanya).

Esoknya lepas doktor puas hati dengan keadaan Dja dan baby, kitorang pun balik..

Khairun Nuha dan Abdul Haqq ❤

Overall, Dja berpuas hati dengan service kat Salam. Dari segi servis kurang skit dari KPJ..tapi padanlah dengan harga kot..huhu 

Beza mengandungkan Haqq dengan Nuha, mostly lebih kurang je. Dja memang tak ada alahan mengandung. Makan pun belasah je. 

Cuma hujung bersalin tu dengan Nuha, Dja boleh tidur macam biasa. Tidur atas BVSM pula tu. Dengan Haqq dulu, tidur asyik terjaga sebab sakit contraction. Lagipun masa mengandungkan Haqq, Dja masih bekerja, jadi mungkin stress dan kepenatan kerja buat jadi gitu. 

 Masa bersalinkan Nuha, yang bestnya tak kena jahit. Syukur sangat sebab tak perlu hadap sakit luka lepas bersalin. Tapi masa bersalin memang sakit berganda sampai suami cerita urat naik sampai ke muka masa meneran tu. Masa bersalin Haqq, sakit juga tapi sebab doktor gunting, jadi bersalin lebih cepat.

Apa-apa pun syukur sebab semua selamat..

Khairun Nuha at 9 months, rambut lebat yang amat 😍

Next post insyaAllah Dja nak share pengalaman berpantang masa Nuha, sebab banyak sangat beza pantang kali ni, dalam 2 minggu je bidan urut kata rahim dah kecut..jadi nak tahu apa Dja buat? tunggu...~~

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.