Premium Beautiful Korset Rosak? Jom hantar repair..

Assalamualaikum..


Baru2 ni salah seorang kawan yang dah beli PB korset mesej Dja, dia kata salah satu tulang keluli pada bengkung patah. Jadi dia tanya macam mana nak hantar repair. 

Seperti yang diwar2kan, Premium Beautiful Korset ni mempunyai LIFETIME WARRANTY. Itu istimewanya sebab kalau korset rosak boleh hantar repair dan hanya SHOM sahaja yang berani memberi kemudahan membaiki untuk korset yang telah dijual. 

Cara paling senang untuk hantar korset adalah pemilik boleh datang ke HQ SHOM di Klang atau stokis terdekat, isi borang dan tunggu siap baiki. Tapi kalau duduk jauh atau susah nak pergi HQ dan stokis, bolehlah hantar melalui pos.

Lifetime Warranty


Apa maksud LIFETIME WARRANTY?

Maksudnya sekiranya mana2 bahagian korset sama ada Long Bra, Waist Nipper (bengkung) atau Long Girdle mengalami apa2 kerosakan, ia boleh dihantar ke HQ Sahajidah Hai-O Marketing untuk diperbaiki secara PERCUMA. Tak kisahlah walau dah berapa puluh tahun usia korset tu =D>

Kerosakan ini termasuk:
1. Cangkuk tercabut
2. Tulang keluli korset patah
3. Fabrik kain terkoyak

Untuk kerosakan 1 dan 2 tak ada masalah. Tapi kalau korset koyak, HQ akan ganti fabrik tu tapi dengan fabrik akwatek akwadyne yang tiada Far Infrared Ray, jadi sayanglah sebab yang asal ada FIR. 


Cara Menghantar PB Korset untuk dibaiki

CARA PERTAMA - Melalui Agen yang Menjual

Sekiranya agen yang menjual PB korset itu masih aktif, boleh hubungi agen tersebut dan beritahu yang anda ingin menghantar korset untuk dibaiki. Anda mungkin perlu membayar kos penghantaran pos/perkhidmatan yang minima sekiranya diminta. 


CARA KEDUA - Melalui Agen Lain

Sekiranya agen sudah tidak aktif, boleh hubungi agen lain (seperti saya :) ) untuk urusan pembaikan. Seperti cara diatas, saya juga akan mengenakan kos penghantaran pos/perkhidmatan minima untuk urusan ini.


CARA KETIGA - Sendiri

Anda juga boleh menghantar korset ini sendiri ke HQ melalui pos. Mula2 hubungi Service Centre SHOM, Ms Tan Su Yong di talian telefon: 03-33488588. Beritahu yang anda nak repair korset, dia akan berikan guideline cara untuk hantar korset melalui pos. Dalam post ni Dja dah ringkaskan cara2nya, iaitu:

1. Transfer/ bank in kos penghantaran semula korset ke dalam akaun SHOM dan simpan resitnya.

Sahajidah Hai-O Marketing Sdn Bhd

No akaun: 014011253361 (maybank)
Jumlah: RM11

2. Bungkuskan PB korset dengan baik dan sertakan dalam bungkusan tersebut sekeping kertas yg mengandungi maklumat anda seperti:
  • Nama
  • Alamat untuk pemulangan
  • Nombor telefon
  • Bahagian korset (sama ada long bra, waist nipper, long girdle) dan saiz (cth: waist nipper 70)
  • Lukisan/ Sketch ringkas untuk menunjukkan bahagian yg rosak
  • Resit Bukti Bayaran kos penghantaran semula (No.1)
3. Hantar pos menggunakan pos courier kepada alamat ini:

Nama: Ms Tan Su Yong
Tel: 03-33488588
Alamat: Sahajidah HAI-O Marketing Sdn Bhd
Service centre, Wawasan Hai-O
Batu 3 1/4 Jalan Kapar
41400 Klang, Selangor.

P/s: Simpan trace number, jgn guna pos biasa takut hilang takleh trace. Anda juga boleh hubungi Ms Tan Su Yong untuk mengetahui status pembaikan korset.


PERLUKAN BANTUAN?

Kalau anda perlukan bantuan untuk urusan pembaikan korset kesayangan boleh hubungi Dja di talian 019-6642311. Dja sedia membantu k :)

Jadi kalau ada korset dah rosak jangan termenung lagi..cepat2 hantar korset tu tau, cepat hantar, cepat boleh pakai semula. Terima kasih kerana membaca..

/bye

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.