Respon Kpd "Penipuan Bio-Aura Terbongkar"
Assalamualaikum..
malam ni saya terbaca satu website yang mengutuk produk hai-O..sungguh2 dari produk sampai strategi pemasaran semua dikutuknya..
saya baca apa yang ditulis, saya jadi sedih kerana apa yang disampaikan tidak tepat dan tidak menggambarkan keadaan perniagaan Hai-O marketing keseluruhannya..
katanya pengakuan dari bekas diamond sale manager Hai-O..tapi saya percaya itu adalah pengakuan dari agen yang lost tak dapat bimbingan yang betul..
Dari segi produk, produk hai-o hanya dipasarkan setelah kajian dibuat dengan teliti. kajian ini juga disahkan oleh professor dan pakar-pakar antarabangsa..sbg contoh kajian ke atas bio-Velocity Sleep Mate disahkan keberkesananya oleh Professor Edward dr Rusia. Boleh baca slide tentang kajian beliau di sini
Jadi semua kajian dan teknologi mempunyai nilai yang tersendiri, sebab tu harga nya lebih mahal..kerana ia berbaloi dengan manfaat kesihatan yang pembeli akan dapat..
Jadi jangan samakan dengan produk kilang tepi jalan dari segi harga, kualiti dan keberkesanan.
Dari segi testimoni, agen Hai-O yang jujur tidak mengada-adakan testimoni yang diwar-warkan..apa feedback yang kami dapat, itulah yang kami beritahu pada pembeli lain..saya bagi contoh testimoni adik danial
Bayangkan anda adalah mak ayah adik danial ni..selama 7 tahun menunggu anak senyum, duduk dapat berdiri..selepas guna BVSM baru dapat tengok semua tu..masih nak menipu ke? orang yang waras pasti fikir nak beritahu orang lain supaya kalau sakit, dapat sembuh atau sekurang-kurangnya mempunyai hidup yang lebih baik, sebarkan manfaat dari guna produk tu..itulah sebenarnya tugas kitorang sbg agen juga untuk share kebaikan produk, bukan untuk jual produk semata-mata.
Satu perkara yang mengecewakan adalah penulis mengutuk bangsa sendiri..bangsa melayu, katanya mudah terpengaruh dengan skim MLM buatan cina..maaf nak beritahu, jutawan MELAYU Hai-O yang telah saya jumpa sangat luar biasa..kata-kata penuh motivasi, tak sombong, sangat baik hati, sentiasa berkongsi tips, bukan seorang, bukan dua orang tapi da berorang-orang saya jumpa semuanya hebat, Itu yang saya jumpa, yang saya tak jumpa? Ramainya dulu kerja makan gaji, keluar pagi balik petang. Bezanya mereka berani ambil risiko, berusaha dan berjaya.
Memang Hai-O Marketing Board of director ramai cina..tapi untuk cakap orang melayu je yang beli produk Hai-O adalah tak tepat..sebab orang melayu hanya aktif dengan Hai-O selepas 7 tahun penubuhan Hai-O..hanya pada tahun 1999 CDM pertama melayu CDM Dr Hj Mohammad Saleh dinobatkan. Jadi sebelum tu siapa yang beli barang Hai-O kalau bukan cina?
Penulis juga ada membuat pengiraan untung rugi jualan Filter Bio-Aura..terus ditulis harga modal filter tu hanya RM250-300 diimport dari Taiwan..satu perkara yang saya perlu tanya..dari mana penulis dapat harga tu? dari perasaan atau fakta?
Fakta:
Bio-Aura Water Filter menggunakan teknologi nano gabungan dari negara taiwan, korea dan jerman,
Bio-Aura Water Filter diiktiraf sebagai produk superbrand
Bio-Aura Water Filter diiktiraf oleh World's Health Organization
dan semua pengiktirafan ni..
Boleh pergi ke website SIRIM, KICM, NSF, Superbrand..dan baca apa syarat-syarat sebelum sesuatu produk tu boleh diiktiraf..bukan mudah yer..lepas tu fikir sendiri logik ke harga RM250-300 tu..
Saya pasti ramai juga yang pelik, kenapa ada agen yang dah jadi CDM pun tak dapat bertahan dalam bisnes ni. Daripada CDM Hamisah Alias, 3 perkara wajib dalam bisnes MLM:
1. Selling - jual produk
2. Sponsoring - ramaikan agen downline
3. Servicing - polish agen dan maintain customer
Kalau salah satu perkara ni agen tak buat, jadi CDM pun tak menjamin income dalam jangka masa panjang. Mungkin itulah yang berlaku pada penulis..
Perlu saya sampaikan kt sini nak berjaya dalam meniaga bukan mudah, saya pun belum sampai ke tahap yang saya nak. Perlu usaha dan doa yg berterusan..
Kalau ada yang pernah cuba dan tidak berjaya cuba muhasabah diri mungkin ada silap dimana-mana, kalau berniaga semata-mata nak kaya mmg tak ke mana. Mungkin juga usaha anda tak cukup lagi untuk Allah berikan rezeki tu sebab itu anda tak dapat..
Salah faham tentang MLM dan tips sebelum memulakan apa-apa perniagaan ada saya ulaskan dalam post ini.
Perlu saya sampaikan kt sini nak berjaya dalam meniaga bukan mudah, saya pun belum sampai ke tahap yang saya nak. Perlu usaha dan doa yg berterusan..
Kalau ada yang pernah cuba dan tidak berjaya cuba muhasabah diri mungkin ada silap dimana-mana, kalau berniaga semata-mata nak kaya mmg tak ke mana. Mungkin juga usaha anda tak cukup lagi untuk Allah berikan rezeki tu sebab itu anda tak dapat..
Salah faham tentang MLM dan tips sebelum memulakan apa-apa perniagaan ada saya ulaskan dalam post ini.
Bagi yang pernah membaca "Penipuan Bio-Aura Terbongkar" atau "Pengakuan dari Bekas Crown Diamond Manager Hai-O" ini adalah respon dari saya..anda tak perlu percaya bulat-bulat, kalau nak selidik lebih lanjut adalah amat digalakkan..
Terima kasih kerana membaca..
Terima kasih kerana membaca..
Slots and Roulette | Lucky Club
BalasPadam› casino-sites › casino-sites Casino sites also offer a number of different table games, roulette, slots, baccarat, blackjack, and other casino games to luckyclub play on your computer or mobile device.